Background Image
Table of Contents Table of Contents
Previous Page  166 / 168 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 166 / 168 Next Page
Page Background

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi

komersial, diaplikasikan kepada Datasonic Group Berhad (“Syarikat”).

Seorang ahli Syarikat yang layak untuk menghadiri, bercakap danmengundi di Mesyuarat Agung Tahunan

atau pada sebarang penangguhannya, berhak untuk melantik seorang proksi(-proksi) dan/atau wakil(-

wakil) untuk hadir, bercakap dan mengundi bagi pihak beliau.

Sehubungan dengan maksud tersebut di atas, data peribadi telah atau akan diambil oleh Syarikat atau

ejen-ejennya daripadamaklumat yang diberikan atau dikemukakan oleh ahli(-ahli) yang termasuk, tetapi

tidak terhad kepada:-

• Nama.

• Pegangan Saham.

• Pusat Sistem Depositori nombor akaun.

• Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara/Pasport.

• Alamat surat menyurat.

• Butiran perhubungan.

• Lain-lain data peribadi ahli(-ahli) dan/atau proksi(-proksi) dan/atau wakil(-wakil) ahli.

Selain daripada data peribadi yang diberikan oleh ahli(-ahli) kepada Syarikat atau ejen-ejennya secara

langsung, Syarikat atau ejen-ejennya boleh mengumpul data peribadi ahli daripada pelbagai sumber,

termasuk tetapi tidak terhad kepada, Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd, broker saham dan remisier-

remisier.

Syarikat atau ejen-ejennya boleh mengguna dan memproses data peribadi ahli(-ahli) dan/atau proksi(-

proksi) dan/atau wakil(-wakil) ahli bagi maksud yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada:-

• Pemprosesan dan pentadbiran oleh Syarikat atau ejen-ejennya bagi proksi(-proksi) dan/atau wakil(-

wakil) yang dilantik bagi Mesyuarat Agung Tahunan atau pada sebarang penangguhannya.

• Penyediaan dan penyusunan senarai kehadiran, minit dan dokumen lain yang berkaitan dengan

Mesyuarat Agung Tahunan atau pada sebarang penangguhannya.

• Berkomunikasi dengan ahli(-ahli).

• Membalas pertanyaan daripada ahli(-ahli).

• Mematuhi mana-mana undang-undang, keperluan penyenaraian, garis panduan dan peraturan.

(Secara kolektif dikenali sebagai “Tujuan-Tujuan”)

Walau bagaimanapun, jika ahli(-ahli) tidakmembekalkan Syarikat atau ejen-ejennya dengan data peribadi

tersebut, Syarikat atau ejen-ejennya mungkin tidak dapat memproses atau menzahirkan data peribadi

untuk mana-mana Tujuan-Tujuan tersebut.

Di samping itu, data peribadi boleh dizahirkan atau dipindahkan kepada syarikat-syarikat dalamKumpulan

Datasonic atau ejen-ejennya atau mana-mana pihak ketiga atau orang bagi Tujuan-Tujuan tersebut dan

semua maksud lain yang berkaitan dengan Tujuan-Tujuan tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada

pendaftar saham, akauntan, juruaudit, perunding, peguam dan penasihat kewangan atau profesional

yang dilantik oleh Syarikat.

Jika dikehendaki sedemikian untuk mana-mana Tujuan-Tujuan, data peribadi boleh dipindahkan ke lokasi

di luar Malaysia.