Datasonic Group Berhad Annual Report 2018

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, diaplikasikan kepada Datasonic Group Berhad (“Syarikat”). Seorang ahli Syarikat yang layak untuk menghadiri, bercakap dan mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan atau pada sebarang penangguhannya, berhak untuk melantik seorang proksi(-proksi) dan/ atau wakil(-wakil) untuk hadir, bercakap dan mengundi bagi pihak beliau. Sehubungan dengan maksud tersebut di atas, data peribadi telah atau akan diambil oleh Syarikat atau ejen-ejennya daripada maklumat yang diberikan atau dikemukakan oleh ahli(-ahli) yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada:- • Nama. • Pegangan Saham. • Pusat Sistem Depositori nombor akaun. • Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara/Pasport. • Alamat surat menyurat. • Butiran perhubungan. • Lain-lain data peribadi ahli(-ahli) dan/atau proksi(-proksi) dan/atau wakil(-wakil) ahli. Selain daripada data peribadi yang diberikan oleh ahli(-ahli) kepada Syarikat atau ejen-ejennya secara langsung, Syarikat atau ejen-ejennya boleh mengumpul data peribadi ahli daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada, Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd, broker saham dan remisier-remisier. Syarikat atau ejen-ejennya boleh mengguna dan memproses data peribadi ahli(-ahli) dan/atau proksi(-proksi) dan/atau wakil(-wakil) ahli bagi maksud yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada:- • Pemprosesan dan pentadbiran oleh Syarikat atau ejen-ejennya bagi proksi(-proksi) dan/atau wakil(-wakil) yang dilantik bagi Mesyuarat Agung Tahunan atau pada sebarang penangguhannya. • Penyediaan dan penyusunan senarai kehadiran, minit dan dokumen lain yang berkaitan dengan Mesyuarat Agung Tahunan atau pada sebarang penangguhannya. • Berkomunikasi dengan ahli(-ahli). • Membalas pertanyaan daripada ahli(-ahli). • Mematuhi mana-mana undang-undang, keperluan penyenaraian, garis panduan dan peraturan. (Secara kolektif dikenali sebagai “Tujuan-Tujuan”) NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=