Datasonic Group Berhad Annual Report 2018

Walau bagaimanapun, jika ahli(-ahli) tidak membekalkan Syarikat atau ejen-ejennya dengan data peribadi tersebut, Syarikat atau ejen-ejennya mungkin tidak dapat memproses atau menzahirkan data peribadi untuk mana-mana Tujuan-Tujuan tersebut. Di samping itu, data peribadi boleh dizahirkan atau dipindahkan kepada syarikat-syarikat dalam Kumpulan Datasonic atau ejen-ejennya atau mana-mana pihak ketiga atau orang bagi Tujuan-Tujuan tersebut dan semua maksud lain yang berkaitan dengan Tujuan-Tujuan tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada pendaftar saham, akauntan, juruaudit, perunding, peguam dan penasihat kewangan atau profesional yang dilantik oleh Syarikat. Jika dikehendaki sedemikian untuk mana-mana Tujuan-Tujuan, data peribadi boleh dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia. Ahli(-ahli) adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang diberikan atau dikemukakan kepada Syarikat atau ejen-ejennya adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Syarikat atau ejen-ejennya boleh meminta bantuan ahli(-ahli) untuk mendapatkan persetujuan proksi(-proksi) dan/atau wakil(-wakil) yang data peribadinya telah disediakan oleh ahli(-ahli) kepada Syarikat atau ejen-ejennya dan ahli(-ahli) bersetuju untuk berusaha terbaik untuk berbuat demikian. Syarikat atau ejen-ejennya tidak akan menyimpan data peribadi lebih daripada yang diperlukan dan akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk memusnahkan dan/atau menghapuskan dari rekod dan sistem. Ahli(-ahli) Syarikat boleh mengakses dan meminta pembetulan maklumat peribadi beliau. Jika ahli(-ahli) mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi beliau, sila hubungi Syarikat pada:- Datasonic Group Berhad (No. Syarikat 809759-X) Tingkat 6, Bangunan Setia 1 No. 15, Lorong Dungun Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur Untuk Perhatian : Jabatan Kesetiausahaan Syarikat No. Telefon : (603) 2087 6000 No. Fax : (603) 2094 3600 Dengan menyediakan data peribadi kepada Syarikat atau ejen-ejennya, ahli(-ahli) secara nyata bersetuju, mengesahkan dan bersetuju dengan pemprosesan peribadi ahli(-ahli) oleh Syarikat atau ejen-ejennya untuk Tujuan-Tujuan tersebut. Jika berlaku apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Malaysia dalam Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Notis Perlindungan Data Peribadi (Samb’)

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=