Laman Web Hubungan Pelabur ini ("Laman IR") direka dan diselenggarakan oleh Insage (MSC) Sdn Bhd ("Insage") dan mana-mana halamannya termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat, teks, imej, pautan, bunyi, grafik dan urutan video yang dipaparkan di dalamnya dirujuk sebagai "Bahan".
Sila baca Syarat Penggunaan ini ("Syarat Penggunaan") dengan teliti sebelum menggunakan laman web ini. Dengan mengakses dan menggunakan Laman IR dan Bahan, anda bersetuju untuk mematuhi isi kandungan Syarat Penggunaan ini. Jika anda tidak bersetuju dengan isi kandungan Syarat Penggunaan ini, sila jangan gunakan Laman IR atau muat turun sebarang Bahan.
SYARAT PENGGUNAAN:-
Penggunaan Peribadi Bukan Komersial:
Laman IR ini adalah untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial. Kecuali dinyatakan atau sebagaimana yang diperuntukkan dalam Syarat Penggunaan ini, anda tidak boleh mengubah suai, menyalin, mengedar, menghantar, memaparkan, melaksanakan, menghasilkan semula, menerbitkan, melesenkan, mencipta karya terbitan daripada, memindahkan, atau menjual apa-apa maklumat, perisian, produk atau perkhidmatan yang diperoleh daripada Bahan yang terkandung di dalamnya.
Pengecualian Jaminan dan Penafian
Bahan dan Laman IR direka dan diselenggarakan oleh Insage sebagai perkhidmatan kepada pelanggannya dan adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa:
- Penggunaan anda terhadap Laman IR dan Bahan adalah atas risiko anda sendiri dan bahawa perkhidmatan diberikan sebagaimana “adanya” dan “tersedia” tanpa jaminan nyata atau tersirat daripada sebarang termasuk jaminan kebolehdagangan, tidak melanggar harta intelek, atau kesesuaian untuk sebarang tujuan tertentu.
- Sebarang bahan yang dimuat turun atau diperoleh melalui penggunaan perkhidmatan adalah dilakukan atas budi bicara dan risiko anda sendiri dan anda akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kerosakan pada sistem komputer anda atau peranti lain atau kehilangan data yang berpunca daripada muat turun mana-mana bahan tersebut.
- Dalam apa jua keadaan, Insage atau pembekalnya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan apa jua (termasuk, tanpa had, kerosakan akibat kehilangan keuntungan, gangguan perniagaan, kehilangan maklumat) yang timbul daripada penggunaan atau ketidakupayaan menggunakan laman web atau Bahan.
- Maklumat di Laman IR ini dan Bahan termasuk fakta, pandangan, nasihat, analisis, pendapat dan cadangan individu dan organisasi disediakan untuk tujuan maklumat am sahaja. Insage tidak memberi atau mewakili atau memegang dirinya sebagai memberi nasihat kewangan, pelaburan, cukai, undang-undang dan profesional lain. Pengguna hendaklah sentiasa mendapatkan nasihat profesional yang berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan kewangan, undang-undang atau komersial sedemikian.
- Tiada maklumat yang terkandung dalam laman web ini akan dianggap sebagai jemputan atau galakan untuk melabur atau sebaliknya berurusan dalam saham syarikat tersenarai awam atau jemputan atau galakan bagi pihak syarikat tersenarai awam atau mana-mana anak syarikatnya untuk membuat kontrak dengan anda.
- Sebarang fakta, pandangan, nasihat, analisis, pendapat dan cadangan yang dinyatakan atau disediakan oleh mana-mana individu atau organisasi adalah milik penulis yang berkenaan. Insage tidak menyokong dan tidak boleh bertanggungjawab terhadap fakta, pandangan, nasihat, analisis, pendapat dan cadangan yang dinyatakan, atau mengesyorkan apa-apa urusan komersial dalam mana-mana sekuriti, pelaburan atau kelas sekuriti atau pelaburan atau termasuk pautan ke laman web lain atau sumber yang menyiratkan sebarang bentuk sokongan oleh Insage. Anda mesti sentiasa mendapatkan nasihat profesional yang berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan kewangan, undang-undang atau komersial sedemikian.
- Insage tidak akan membuat sebarang perwakilan atau jaminan mengenai ketepatan atau kesempurnaan data (termasuk harga saham, kadar mata wang atau maklumat lain) walaupun secara amnya dipercayai tepat pada masanya.
Had Tanggungjawab:
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Insage tidak akan bertanggungjawab kepada anda atas:
- Dalam apa jua keadaan, Insage dan/atau pembekalnya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ‘special’, ‘indirect’, atau ‘consequential’ kerugian undang-undang apa jua yang berpunca daripada kehilangan penggunaan, data, atau keuntungan, sama ada dalam tindakan kontrak, kecuaian atau tindakan tort lain, yang timbul berkaitan dengan penggunaan atau prestasi mana-mana software, dokumen, penyediaan perkhidmatan, atau maklumat yang tersedia dari laman web.
- Sebarang kehilangan atau kerugian yang mungkin dialami oleh anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan atau kerugian akibat sebarang kebergantungan yang anda letakkan pada kesempurnaan, ketepatan atau kewujudan sebarang kandungan, atau sebarang perubahan yang Insage mungkin lakukan pada perkhidmatan, dokumen, laman web, kandungan atau sebarang pemberhentian sementara atau tetap dalam penyediaan laman web (atau sebarang ciri dalam laman web); atau jika berkenaan, kegagalan anda untuk memastikan kata laluan atau butiran akaun anda selamat dan sulit;
- Had-had ini terhadap tanggungjawab Insage akan terpakai sama ada anda telah dinasihatkan atau seharusnya sedar tentang kemungkinan sebarang kerugian sedemikian.
Pampasan:
Anda bersetuju untuk memberi ganti rugi dan memastikan Insage serta pengarah, pegawai, ejen, pekerja, rakan kongsi dan pemberi lesen bebas daripada sebarang tuntutan atau permintaan, termasuk yuran guaman yang munasabah, yang dibuat oleh mana-mana pihak ketiga akibat atau berpunca daripada kandungan yang anda hantar, pos, hantar atau sebaliknya sediakan melalui Laman IR atau Bahan, penggunaan anda terhadap Laman IR atau Bahan, sambungan anda ke Laman IR atau Bahan, pelanggaran anda terhadap Syarat Penggunaan ini atau Syarat Penggunaan khusus laman web, atau pelanggaran anda terhadap mana-mana hak pihak lain.
Ketepatan dan Kesempurnaan:
Insage, syarikat berkaitannya, dan pengarah, pegawai, ejen, pekerja atau kontraktornya tidak memberikan sebarang representasi atau jaminan mengenai ketepatan masa, kebolehpercayaan, ketepatan atau kesempurnaan mana-mana maklumat di laman web ini, atau menjamin bahawa mana-mana fungsi yang terkandung dalam laman web ini atau akses anda ke laman web ini akan tidak terganggu atau bebas ralat.
Maklumat yang terkandung dalam laman web ini tidak menyeluruh. Walaupun dengan usaha kami, maklumat tersebut mungkin tidak tepat, terkini atau berkaitan dengan keadaan mana-mana kes tertentu. Kami tidak boleh menerima sebarang tanggungjawab terhadap sebarang ketidaktepatan dalam laman web ini dan sebarang keputusan yang anda buat berdasarkan maklumat yang terkandung dalam laman web ini adalah tanggungjawab anda sendiri. Insage, syarikat berkaitannya, dan pengarah, pegawai, ejen, pekerja atau kontraktornya tidak menerima tanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan langsung, tidak langsung, khas, berbangkit atau kerugian atau kerosakan lain yang timbul daripada akses ke, atau penggunaan laman web ini atau sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya.
Perubahan dan Kemaskini:
Insage berhak untuk mengubah suai atau menghentikan, sementara atau selama-lamanya, Laman IR atau Bahan (atau mana-mana bahagiannya) dengan atau tanpa notis. Insage boleh membuat perubahan kepada Laman IR atau Bahan, atau kepada produk yang diterangkan di dalamnya, pada bila-bila masa tanpa notis.
Kandungan Pihak Ketiga:
Laman IR dan Bahan mungkin mengandungi kandungan yang dihantar oleh pengguna atau pihak ketiga; kandungan sedemikian tidak dikaji, diluluskan atau disokong oleh Insage dan disediakan semata-mata untuk kemudahan pelanggan dan pengguna kami. Dalam apa jua keadaan, Insage tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara untuk sebarang kandungan yang dihantar atau disediakan oleh pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang kesilapan atau peninggalan, atau kerugian sebarang jenis. SEBARANG BAHAN YANG DIMUAT TURUN ATAU DIPEROLEH MELALUI PENGGUNAAN BAHAN DILAKUKAN ATAS BUDI BICARA DAN RISIKO ANDA SENDIRI DAN ANDA AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP SEBARANG PENJEJASAN PADA SISTEM KOMPUTER ANDA ATAU PERANTI LAIN ATAU KEHILANGAN DATA YANG BERLAKU AKIBAT MUAT TURUN BAHAN TERSEBUT. Anda bersetuju melalui penggunaan anda bahawa anda mesti menilai dan menanggung semua risiko yang berkaitan dengan penggunaan sebarang kandungan pihak ketiga, termasuk sebarang ketepatan, kesempurnaan, atau kegunaan kandungan tersebut. Semua kiriman dan penggunaan Laman IR atau Bahan tertakluk kepada Syarat Penggunaan ini dan sebarang syarat khusus program dan laman web.
Penggunaan Pautan Hiper:
Insage tidak bertanggungjawab terhadap kandungan mana-mana laman web lain, termasuk mana-mana laman web yang melalui laman web tersebut anda mungkin telah mengakses laman web kami atau yang anda mungkin akses dari laman web kami. Kami tidak menerima sebarang tanggungjawab berkaitan dengan sebarang laman web atau pautan tersebut. Di mana kami menyediakan pautan hiper ke laman web pihak ketiga, kami membuat demikian dengan niat baik bahawa laman web sedemikian mengandungi bahan yang berkaitan dengan laman web kami. Pautan hiper sedemikian tidak menandakan bahawa Insage telah menyemak atau meluluskan laman web pihak ketiga yang dihubungkan atau kandungannya.
Keselamatan, Kata Laluan dan Cara Mengakses Laman dan Kandungan
Anda bersetuju untuk tidak mengakses atau menggunakan Laman IR dalam apa-apa cara yang boleh membebankan atau menjejaskan mana-mana akaun, sistem komputer atau rangkaian Insage. Anda bersetuju untuk tidak cuba mendapatkan akses tanpa kebenaran ke mana-mana bahagian Laman IR atau mana-mana akaun, sistem komputer atau rangkaian Insage. Anda bersetuju untuk tidak mengganggu fungsi Laman IR atau mana-mana akaun, sistem komputer atau rangkaian Insage. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan mana-mana robot, spider, scraper atau cara automatik lain untuk mengakses Laman IR atau mana-mana akaun, sistem komputer atau rangkaian Insage tanpa kebenaran bertulis daripada Insage.
Akses dan penggunaan Laman IR yang dilindungi kata laluan adalah terhad kepada pengguna yang dibenarkan sahaja. Anda bersetuju untuk tidak berkongsi kata laluan, maklumat akaun, atau akses ke Laman IR. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan kata laluan dan maklumat akaun, dan anda bertanggungjawab atas semua aktiviti yang berlaku di bawah kata laluan atau akaun anda atau akibat daripada akses anda ke Laman IR. Anda bersetuju untuk memberitahu Insage dengan segera tentang sebarang penggunaan tanpa kebenaran kata laluan atau akaun anda.
Privasi
Insage tidak akan berkongsi, menjual, atau menyewa maklumat peribadi individu kecuali diarahkan oleh mahkamah undang-undang. Maklumat yang dihantar kepada kami hanya tersedia kepada pihak tertentu yang menguruskan maklumat tersebut dan untuk tujuan kami menghubungi anda atau menghantar penerbitan atau e-mel berdasarkan permintaan anda.
Bahasa
Syarat Pengunaan ini disediakan dalam kedua-dua Bahasa Malaysia and Bahasa Inggeris. Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Maklumat Hubungan
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau keraguan mengenai Syarat Penggunaan ini, sila hubungi kami di info@insage.com.my